Thursday, October 31, 2019

Ular tedung selar 3.5 meter ceroboh bilik guru

KOTA BHARU: Kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang 3.5 meter yang bersembunyi dalam bilik guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi, di sini mencetuskan panik petang tadi sebelum reptilia berbisa itu berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Krai.
Operasi menangkap reptilia seberat 12 kilogram itu dilakukan kira-kira jam 3 petang sejurus APM dimaklumkan oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.
Guru Besar SK Pasir Linggi, Mat Il Ibrahim, berkata beliau menyedari kehadiran ular berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang kakitangan sekolah yang melihatnya menyelinap masuk ke dalam bilik guru.
“Ia dipercayai datang dari kawasan belakang sekolah kerana terdapat semak samun. Bimbang ular itu terlepas, saya segera menutup pintu hadapan dan belakang bilik guru dan menghubungi APM yang tiba di lokasi sejam kemudian.
“Mujur pada ketika itu, tiada guru berada dalam bilik kerana waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) sudah tamat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar, berkata ular berkenaan ditangkap tiga anggotanya yang tiba di lokasi selepas menerima panggilan daripada guru besar sekolah berkenaan.
Katanya, anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap tedung selar itu yang bersembunyi dalam bilik guru.
“Anggota kami terpaksa berhati-hati ketika menangkap ular itu yang agak agresif tetapi dengan latihan yang ada, ia berjaya ditangkap.
“Ular itu ditangkap menggunakan penjerut dan dimasukkan ke dalam sangkar khas dan dibawa ke pejabat APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.


39 mati akibat penyakit berkaitan vape

ILLINOIS: Angka kematian akibat penyakit paru-paru misteri yang dikaitkan dengan menghisap vape di Amerika Syarikat dilaporkan meningkat kepada 39 kes.
Jumlah itu dicatatkan selepas Illinois dan Massachusetts masing-masing mengesahkan satu lagi kematian di negeri itu.
Jabatan Kesihatan Awam Illinois melaporkan kematian ketiga semalam, manakala pihak berkuasa kesihatan Massachusetts mendedahkan seorang lagi maut akibat vape, pada Rabu lalu.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut mengesahkan 37 kematian dan 1,888 kes penyakit dipercayai membabitkan pernafasan.
Menurut data CDC, sehingga 29 Oktober lalu, sebanyak 24 sudah merekodkan kes kematian dan ia membabitkan mangsa berusia antara 17 tahun hingga 75 tahun.
Berikutan itu, CDC menggesa orang ramai supaya tidak menggunakan rokok elektronik (e-rokok) bersama bahan ganja tetrahydrocannabinol (THC), kerana ia mengandungi komponen aruhan yang tinggi, yang mungkin berperanan menyebabkan penyakit itu.
Namun, CDC berkata, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kes berkenaan dan mungkin tidak sama di seluruh negara.
Berdasarkan data yang diperoleh, kira-kira 70 peratus daripada 1,378 pesakit adalah lelaki dan 79 peratus daripadanya berusia di bawah 35 tahun.
Data CDC juga menunjukkan kesemua pesakit mempunyai sejarah menghisap vape atau e-rokok, selain merekodkan gejala seperti batuk, sukar bernafas, sakit dada, mual atau cirit-birit.
Dalam pada itu, Kroger Co, Walgreens Boots Alliance Inc dan Walmart Inc mengumumkan keputusan menghentikan penjualan e-rokok di kesemua kedai mereka.
Firma e-dagang China, Alibaba Group Holding Ltd turut menghentikan penjualan komponen e-rokok di Amerika Syarikat. - Reuters


Macam kelahiran semula

Enzo Ferrari, pengasas Ferrari meninggal dunia pada tahun 1988.  Namun selepas sebulan kematiannya pemain bola sepak Mesut Ozil telah dilahirkan.  Jika dilihat pada potret mereka, gambar mereka seakan saudara kembar.


Thursday, April 27, 2017

CARA MUDAH HAPUSKAN ANAI-ANAI TANPA MENGGUNAKAN RACUN

Anai-anai adalah sejenis serangga perosak bersaiz kecil yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Kayu sering dirosakkan oleh anai-anai kerana itulah makanan utamanya. Biarpun ada spesies anai-anai yang dianggap berfaedah untuk ekosistem kita, ada juga spesies anai-anai yang menjadi perosak.



Selain kayu, anai-anai juga boleh menjadi ‘agen’ perosak kepada barangan lain seperti pakaian , perabot dan juga lantai kayu.



Tip Mengesan Kehadiran Anai –Anai



i) Wujudnya Rekahan & Lubang

Cuba ambil pemutar skru dan cocok serta ketuk secara perlahan-lahan bagi mengesan lubang yang wujud pada kayu. Perhati dengan teliti jika terdapat rekahan pada kerangka kayu cermin mahupun pintu kediaman anda. Dan jika terdapat selut berpasir, sah anai-anai sedang membiak!



ii) Hadirnya Kalkatu

Hadirnya kalkatu sebenarnya memberikan tanda bahawa ada bahagian dalam kediaman anda yang dihuni sama bersama anai-anai. Perhatikan dari mana kalkatu itu keluar, makan di situlah sarang anai-anai.



iii) Warna Paquet Mula Bertukar

Anda juga boleh mengesan kehadiran anai-anai berdasarkan pemerhatian warna kulit kayu pada lantai paquet atau kerangka tingkap dan pintu. Kayu yang mula diserang anai-anai akan berubah daripada warna coklat gelap kepada warna coklat yang lebih cair.

Kaedah Menghalau Anai-anai Dari Rumah



1. Garam Dapur – Taburkan garam dapur di tempat anai-anai membuat sarangnya. Namun cara ini agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut kerana garam hanya akan berada di permukaan saja. Jadi untuk memastikan ia lebih berkesan, campurkan sahaja garam dengan air. Biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.


2. Air Kapur Sirih – Kapur bersifat panas dan ia sangat tak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut. Dan air kapur akan membakar kulit mereka. Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.


3. Air Cucian Beras – Air pertama dari basuhan beras juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari terus membina sarang. Caranya hanya sembur atau siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.


4. Minyak Tanah – Kebiasaannya orang guna minyak tanah untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah. Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah.

5. Tembakau – Penggunaan tembakau juga dapat menghalau anai-anai dari rumah. Caranya anda perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Askar ni Dikepung Oleh IS Sniper, Akan Ditembak Pada Bila-bila Masa!! Saat Terakhir Dia Guna Cara Ini Larikan Diri, Lebih Menarik Dari Filem!!

'Wajah Allahyarham Thaqif bercahaya'

Johor Bahru: Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.
Beliau yang melawat jenazah murid tahfiz bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail semalam, memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca al-Quran sebagai amalan oleh pelajar berkenaan.
"Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham.
"Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca al-Quran)," kata Penasihat MAINJ itu kepada pemberita.
Beliau menghadiri majlis perasmian Multaqa Ulama' Darul Takzim Ke-5 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2017, di Persada Johor di sini, hari ini.
Beliau turut kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran.
Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Mohamad Thaqif Amin yang reda menerima ujian tersebut sebagai qada' dan qadar daripada Allah.
Beliau turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap penderitaan murid tahfiz itu dan menghantar wakilnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menziarahi jenazah Allahyarham.
"Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya," kata beliau.
Sehubungan itu, pihak JAIJ dijangka akan memanggil pengetua-pengetua tahfiz untuk satu pertemuan serta taklimat penyelarasan dalam jangka masa terdekat itu bagi melihat penambahbaikan pengurusan dan pendidikan tahfiz termasuk prosedur pengambilan pekerja di institusi tersebut.
"Semua pekerja kena pastikan tiada kes polis, tiada kesalahan yang boleh membawa kepada perkara seumpama ini," kata beliau.

Sumber metro : Khamis, 27 April 2017

Thursday, September 25, 2014

Budak 8 Tahun Menjana Pendapatan 4.2 juta Melalui Youtube

Kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang pandai menggunakan Youtube untuk mendapat duit sangat menarik untuk dibaca. Persoalannya bagaimana?

Evan, 8, berasal dari Amerika Syarikat memperoleh pendapatan sebanyak RM 4.2 juta setahun. Ini bermakna, pendapatan bulanan Evan adalah RM 350K sebulan. Wow...

Secara ringkasnya, Evan hanya perlu mengulas tentang permainan kanak-kanak dan juga permainan video kegemarannya. Kemudian ulasan itu akan diedit oleh bapanya dan dimuat naik ke laman Youtube. Tapi video ulasan Evan bukan calang-calang kerana ia mendapat 750 juta view dalam masa beberapa tahun.

Dengan populariti yang diperoleh oleh video Evan, dia kini setanding dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna dan juga saluran ESPN.

Evan menjana duit di Youtube dengan menggunakan khidmat pengiklanan yang dibuat disediakan oleh Youtube dan juga hasil dari pengiklanan produk yang ingin tampil dalam videonya.

Evan juga mempunyai agensi periklanan sendiri yang bertindak mempromosikan dan sebut harga bagi meletakkan iklan di dalam videonya.

Pada mulanya, projek ini hanyalah dibuat oleh Evan secara suka-suka sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi, semuanya berubah setelah video mereka telah mencapai tontonan sehingga satu juta.

 Jared, bapa kepada Evan berkata, kesemua duit yang terkumpul tidak digunakan untuk perbelanjaan keluarga tapi disimpan bagi kegunaan Evan pada masa hadapan.

Evan kini sudah mempunyai tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.

Secara kasarnya, pendapatan hasil dari iklan yang disediakan oleh Youtube boleh menjana US$2.50 ke US$5 bagi setiap 1000 tontonan. Jika video anda benar-benar popular, kiralah berapa hasil yang bakal anda dapat.

Bayi perempuan diserang biawak

KUANTAN – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata kejadian itu berlaku pada 10 pagi.

“Bayi seberat sembilan kilogram itu diletakkan di atas lantai dapur oleh ibunya yang ketika itu ingin mengambil sesuatu, namun tiba-tiba ibu mangsa terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa.

“Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.

“Haiwan berkenaan dilihat cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata ibu bayi itu bagaimanapun berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman untuk menerima rawatan.

Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman pada 4.51 petang semalam.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu berikutan kecederaan parah yang dialami. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya. – BERNAMA



 

Tuesday, September 23, 2014

Bayi dilahirkan mempunyai ekor

India - Seorang bayi yang dilahirkan bersama 'ekor' sepanjang 12cm telah selamat menjalani pembedahan selama tiga jam bagi membuang 'ekor' berkenaan.

'Ekor' seberat 350g itu terkpaksa dibuang kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanser. Menurut doktor, ekor itu sebenarnya adalah kembar si bayi berkenaan yang pertumbuhannya tidak menjadi.

Di India, bayi yang dilahirkan dengan ekor dianggap sebagai 'dewa'. Walaupun begitu ibu bapa bayi berkenaan meminta doktor supaya membuang ekor berkenaan kerana khuatir dengan kesihatan bayinya yang bertambah buruk.

Meskipun kebiasaannya kanak-kanak yang mempunyai ekor ketika dilahirkan akan dianggap sebagai `dewa’ namun bagi ibu bapa bayi berkenaan, mereka telah meminta doktor membuang ketumbuhan itu bagi mengelakkan keadaan kesihatan anak mereka bertambah buruk. 

Sunday, September 14, 2014

Jom lakukan kebaikan sementara masih bernyawa


LookWatch Perisian Penjejak Pencuri Telefon Anda

Kehilangan telefon pintar semakin menjadi-jadi akibat dari kecuaian diri sendiri ataupun dicuri orang. Kehilangan telefon merupakan satu masalah yang besar kepada tuannya. Kebiasaanya jika hilang harapan untuk mendapatkan semula memang tiada.

Kini dengan menggunakan perisian Look Watch salah satu aplikasi android yang mudah berkesan bagi menjejaki pencuri. Perisian ini akan merakam gambar selfie si pencuri jika dia memasukkan kod pattern yang salah.


Secara tidak langsung gambar yang dirakam akan diemel kepada si pemilik maka laporan polis dibuat dengan berdasarka gambar tersebut.



Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :


  • Telefon anda hilang atau dicuri
  • Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
  • LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
  • LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.

Tun Mahathir Beri Kejutan Pandu Iriz Di Pavillion


Proton Iriz merupakan kereta kompak pertama dari Proton yang belum dipandu di atas jalan secara teran-terangan. Bagaimanapun ia dipandu tanpa dibalut dan dibawa sendiri oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohammad ke Pavallion untuk bersarapan. Bersama dilihat beberapa pegawai tinggi Proton bersarapan.

 

Tempahan Proton Iriz

Model kompak Proton terbaru, Proton Iriz yang mula dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar semalam dijual pada harga di atas jalan (OTR) bermula daripada RM42,438 hingga RM62,888.

Proton akan memperkenalkan satu model baru keluarannya. Ia merupakan sebuah kereta kompak yang juga dikenali sebagai PCC (Proton Compact Car) yang diberi nama Iriz.

Harga jualan bagi Semenanjung itu membabitkan model berkuasa 1.3 liter dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM42,438 hingga RM50,888.

Bagi model 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM55,888 hingga RM62,888.

Model itu yang dibangunkan sendiri oleh Proton menawarkan dua warna baru yang khusus dan kali pertama diperkenalkan untuk Iriz ialah citrus green dan moon dust silver.

Sumber automotif berkata, bayaran tempahan bagi model itu ialah RM300 dan penghantaran model itu akan bermula bulan depan menerusi semua cawangan jualan dan bilik pameran Proton Edar di seluruh negara.

Harga jualan bagi model 1.3 liter standard bagi transmisi manual (metalik) misalnya dijual pada harga di atas jalan ialah RM42,888 manakala model 1.6 liter manual (executive) berharga RM55,888 dan harga model premium CVT (auto) ialah RM62,888.

Sebanyak tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu genetic silver, fire red, solid white, citrus green, silver moon dust, tranquility black dan atlantic blue.