Thursday, April 27, 2017

CARA MUDAH HAPUSKAN ANAI-ANAI TANPA MENGGUNAKAN RACUN

Anai-anai adalah sejenis serangga perosak bersaiz kecil yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Kayu sering dirosakkan oleh anai-anai kerana itulah makanan utamanya. Biarpun ada spesies anai-anai yang dianggap berfaedah untuk ekosistem kita, ada juga spesies anai-anai yang menjadi perosak.



Selain kayu, anai-anai juga boleh menjadi ‘agen’ perosak kepada barangan lain seperti pakaian , perabot dan juga lantai kayu.



Tip Mengesan Kehadiran Anai –Anai



i) Wujudnya Rekahan & Lubang

Cuba ambil pemutar skru dan cocok serta ketuk secara perlahan-lahan bagi mengesan lubang yang wujud pada kayu. Perhati dengan teliti jika terdapat rekahan pada kerangka kayu cermin mahupun pintu kediaman anda. Dan jika terdapat selut berpasir, sah anai-anai sedang membiak!



ii) Hadirnya Kalkatu

Hadirnya kalkatu sebenarnya memberikan tanda bahawa ada bahagian dalam kediaman anda yang dihuni sama bersama anai-anai. Perhatikan dari mana kalkatu itu keluar, makan di situlah sarang anai-anai.



iii) Warna Paquet Mula Bertukar

Anda juga boleh mengesan kehadiran anai-anai berdasarkan pemerhatian warna kulit kayu pada lantai paquet atau kerangka tingkap dan pintu. Kayu yang mula diserang anai-anai akan berubah daripada warna coklat gelap kepada warna coklat yang lebih cair.

Kaedah Menghalau Anai-anai Dari Rumah



1. Garam Dapur – Taburkan garam dapur di tempat anai-anai membuat sarangnya. Namun cara ini agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut kerana garam hanya akan berada di permukaan saja. Jadi untuk memastikan ia lebih berkesan, campurkan sahaja garam dengan air. Biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.


2. Air Kapur Sirih – Kapur bersifat panas dan ia sangat tak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut. Dan air kapur akan membakar kulit mereka. Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.


3. Air Cucian Beras – Air pertama dari basuhan beras juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari terus membina sarang. Caranya hanya sembur atau siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.


4. Minyak Tanah – Kebiasaannya orang guna minyak tanah untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah. Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah.

5. Tembakau – Penggunaan tembakau juga dapat menghalau anai-anai dari rumah. Caranya anda perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Askar ni Dikepung Oleh IS Sniper, Akan Ditembak Pada Bila-bila Masa!! Saat Terakhir Dia Guna Cara Ini Larikan Diri, Lebih Menarik Dari Filem!!

'Wajah Allahyarham Thaqif bercahaya'

Johor Bahru: Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.
Beliau yang melawat jenazah murid tahfiz bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail semalam, memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca al-Quran sebagai amalan oleh pelajar berkenaan.
"Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham.
"Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca al-Quran)," kata Penasihat MAINJ itu kepada pemberita.
Beliau menghadiri majlis perasmian Multaqa Ulama' Darul Takzim Ke-5 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2017, di Persada Johor di sini, hari ini.
Beliau turut kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran.
Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Mohamad Thaqif Amin yang reda menerima ujian tersebut sebagai qada' dan qadar daripada Allah.
Beliau turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap penderitaan murid tahfiz itu dan menghantar wakilnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menziarahi jenazah Allahyarham.
"Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya," kata beliau.
Sehubungan itu, pihak JAIJ dijangka akan memanggil pengetua-pengetua tahfiz untuk satu pertemuan serta taklimat penyelarasan dalam jangka masa terdekat itu bagi melihat penambahbaikan pengurusan dan pendidikan tahfiz termasuk prosedur pengambilan pekerja di institusi tersebut.
"Semua pekerja kena pastikan tiada kes polis, tiada kesalahan yang boleh membawa kepada perkara seumpama ini," kata beliau.

Sumber metro : Khamis, 27 April 2017