Monday, December 17, 2012

Pelik! Cicak Ini Berada Dalam Telur Ayam

Memang satu yang sukar difikirkan secara logik apabila seekor cicak boleh berada dalam sebijitelur yang belum pecah. Pelbagai teori diberikan oleh para saintis. Kami difahamkan, berkemungkinan cicak ini menyusup masuk ke dalam badan ayam ketika ibu ayam tersebut melalui proses untuk bertelur. Jom lihat gambar di bawah ini.

 telur1


 Para ahli kesihatan Australia belum mampu menyelesaikan misteri di sebalik penemuan ini. Dr.Beaumont sendiri punya teori tersendiri mengenai kehadiran cicak tersebut. Menurut dia, binatang kecil ini boleh jadi memasuki tubuh ayam selama proses pembuatan telur namun para ahli di Australia belum mengiktiraf informasi ini.







Kulit telur berisi cicak Asia itu telah diserahkan Dr.Beaumont ke pejabat kesihatan NT untuk diteliti. Sementara itu, Perusahaan Telur Australia (AEC) mengaku terkejut dengan kejadian di Darwin ini kerana sebelumnya belum pernah terdengar kes sebegini di Australia.
David Witcombe dari unit riset dan pengembangan AEC berspekulasi bahawa cicak kecil itu mungkin masuk ke telur yang sedang berkembang melalui kloaka ibu ayam.

Chillcan: Minuman Yang Sejuk Tanpa Perlu Dimasukkan Ke Dalam Peti Sejuk


 Tidak lama lagi kita akan dapat menikmati teknologi baru, iaitu air tin yang boleh berubah menjadi sejuk hanya dalam masa 2 minit tanpa perlu dimasukkan ais atau disimpan di dalam peti sejuk!
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menekan satu butang khas di bawah tin, dan secara automatik kapsul dalam tin akan melepaskan gas karbon dioksida yang menyejukkan tin sehingga -15 darjah Celcius.
Penemunya adalah Profesor Clift, yang kini bertugas di Pusat Strategi Lingkungan di Universiti Surrey.
Profesor Clift menemui cara yang mesra alam sekitar untuk mengubah tin itu menjadi sejuk – disebut: ChillCan – tanpa perlu lagi menggunakan refrigeran yang berbahaya.
Solusinya adalah menggunakan karbon dari batok kelapa yang terkandung dalam kapsul aluminium di dalam tin. Karbon tersebut akan aktif – menghantar semburan karbon dioksida bertekanan – ketika kita menekan tombolnya.

    
  
sumber: billyinfo.blogspot.com