Wednesday, January 22, 2014

Serangga terbesar di dunia



 Atlas moth 

 Giant Burrowing Cockroach

 
Giant Walking Stick Insects 


Titan Beetle

Tatoo 3d yang menakjubkan

Chooo-San adalah seorang pelajar perempuan 19 tahun yang membuat orang ramai terkejut dengan hasil seni tubuh beliau. Lebih mengejutkan semua orang dengan rawak badan-bahagian dicat anggota badan yang berbeza hanya menggunakan cat akrilik yang memaparkan imaginasi yang berbeza.








Kes bunuh budak 2 tahun: Ibu kena tahan



Kuala Terengganu: Polis menahan ibu kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh dalam sebuah rumah kosong di Dungun petang kelmarin selepas mengaku membuat laporan palsu kehilangan anaknya.

Pekerja kedai makan berusia 27 tahun itu ditahan jam 10.30 malam kelmarin, kira-kira tujuh jam selepas mayat Nursyafiqah Abdullah ditemui pada jam 3.30 petang. 

Dia ditahan selepas mengaku dipaksa oleh teman lelakinya supaya membuat laporan kehilangan Nursyafiqah pada Sabtu lalu ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berhubung penemuan mayat anaknya.


Mayat mangsa dengan kesan lebam di tubuhnya, ditemui memakai baju petak biru tanpa seluar oleh pengawal keselamatan dalam tandas sebuah rumah yang belum dihuni di Taman Permint, di Seberang Paka, Dungun. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis juga menahan teman lelaki ibu berkenaan berusia 25 tahun yang juga suspek utama pada jam 1.30 petang kelmarin, iaitu dua jam sebelum penemuan mayat mangsa.
Dia ditahan dalam keadaan khayal pengaruh dadah di tempat awam di Kuala Paka. Dua rakan mereka, masing-masing berusia 25 tahun pula ditahan antara jam 10.30 malam hingga 1.30 pagi kelmarin.

Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terima laporan kehilangan

Manoharan berkata, sebelum penemuan mayat, Balai Polis Paka menerima laporan ibu mangsa pada Sabtu lalu mengenai kehilangan anaknya, yang didakwa diculik seorang lelaki dikenali ketika kanak-kanak itu ditinggalkan dalam kereta MyVi di hadapan sebuah restoran di Kuala Paka.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya hilang ketika ditinggalkan sekejap ketika dia berjumpa teman lelakinya. Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan mula mengesan suspek utama sehinggalah ditahan. Berikutan keadaannya yang khayal, polis tidak dapat menjalankan siasatan sehinggalah menerima laporan mengenai penemuan mayat.

“Bagaimanapun, selepas ibu mangsa dibawa ke balai untuk disoal siasat, dia mengaku dipaksa oleh lelaki itu membuat laporan polis,” katanya dan menambah polis turut menahan kereta yang digunakan suspek untuk membawa mangsa.

Manoharan juga berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu adalah orang terakhir bersama mangsa selepas dia membawa kanak-kanak itu dengan keizinan ibunya pada jam 11 pagi Jumaat lalu.

“Ibu mangsa hanya mengetahui anaknya hilang selepas dia bertemu teman lelakinya pada malam Jumaat lalu dan memaklumkan tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada. Perkara ini dimaklumkan kepada polis selepas kita memanggilnya untuk disoal siasat,” katanya.

Pemeriksaan juga mendapati tiga suspek lelaki itu positif dadah dan dikenali sebagai penagih serta pengedar dadah kecil-kecilan.

Sumber berita harian 

Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh


DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.
Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.
Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci untuk menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.
Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.
Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.

Tuesday, January 21, 2014

Tumor gergasi dalam perut wanita


ZLIN, Republik Czech - Satu pembedahan telah dilakukan ke atas seorang wanita berusia 47 tahun di sini untuk membuang tumor seberat 36 kilogram (kg) di dalam perutnya, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Wanita tersebut menderita bertahun-tahun ekoran ketumbuhan itu yang semakin membesar tetapi dia takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Beberapa pakar bedah di sini akhirnya berjaya mengeluarkan tumor tersebut dalam pembedahan sukar yang mengambil masa selama tujuh jam.
"Perkara yang sangat pelik buat saya adalah apabila tiada seorang pun ahli keluarga atau rakan pesakit bertindak secara sepatutnya (membawa pesakit ke hospital)," kata ketua jabatan obstetrik dan ginekologi Hospital Rantau Zlin, Zdenek Adamik.
"Mereka membiarkan wanita itu terlantar di katil sejak sekian lama," tambahya.
Beberapa doktor kini memantau keadaan wanita tersebut tetapi mereka tidak pasti sama ada dia akan pulih selepas menjalani pembedahan drastik tersebut.
sumber kosmo
 

Tak mandi 60 tahun


FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.
Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.
Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.
Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.
“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.
Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.
"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik  TNews


Saat Terakhir Gadis Terkena Sambaran Kilat Di Sao Paolo


  







Ular makan ular lain



Monday, January 20, 2014

Harga Kereta Bakal Turun 30% Menjelang 2018



Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.
Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harian hari ini.
Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.
Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.
“Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.
” Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.
” Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar,” kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.
Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Proton Alza (12%).

Misteri Ratusan Jarum Berada Dilutut Wanita Berusia 65 Tahun.

Seperti disiarkaqn dari dailymail.co.uk , seorang doktor terkejut apabila memeriksa lutut seorang wanita  65 tahun yang berasal dari Korea Selatan  dijumpai ratusan jarum .

Ternyata ketika diperiksa lebih lanjut , jarum tersebut adalah jarum akupunktur yang tertinggal di lututnya .

Lebih lanjut lagi  dikatakan bahawa wanita ini didiagnosis menderita osteoartritis . Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan sendi dan sakit sendi . Kesakitan ini berasal dari kerosakan tulang rawan yang melapisi tulang dan membuat sendi bergerak tanpa adanya pelincir .

Untuk merawat penyakit ini , maka wanita tersebut melakukan rawatan tradisional iaitu akupunktur yang dilakukannya seminggu sekali . Selain bermanfaat untuk merawat penyakit ini , akupunktur juga membantu untuk menghilangkan rasa sakit .

Dianggarkan jarum yang tertinggal didalam di lutut wanita ini adalah jarum yang berfungsi untuk memberikan rangsangan  selepas rawatan akupunktur berakhir .

" Benda yang asing yang ada di dalam tubuh manusia boleh menjadi suatu perkara yang sangat berbahaya dan mengancam kesihatan tubuh . Benda ini mampu menyebabkan jangkitan , abses , dan bengkak , " jelas Dr Ali Guermazu , seorang profesor radiologi di Boston university dalam mengulas mengenai kes ini .