Monday, January 20, 2014

Harga Kereta Bakal Turun 30% Menjelang 2018



Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.
Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harian hari ini.
Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.
Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.
“Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.
” Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.
” Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar,” kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.
Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Proton Alza (12%).

No comments:

Post a Comment